Sunday, January 17, 2010

Pukulan Ombak yang membawa maut...


petikan dari akhbar online...


GEORGETOWN: “Kali pertama ombak memukul perahu, kami mampu mengimbanginya. Namun, pukulan ombak kali kedua menyebabkan perahu kami terus terbalik.KENANGAN...ahli pasukan perahu naga SMK Chung Ling bergambar sebelum berlatih, semalam sebelum - selepasCHEAH...masih hilang YEAH...masing hilang CH'NG...lemas CHIN...lemas PENGSAN...seorang ahli keluarga mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan diusung orang ramai, samalam.

Menurut pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Ling, Kampung Baru Air Itam itu, ketika kejadian, dia bersama 17 rakan termasuk dua jurulatih serta seorang guru menjalani latihan mingguan kira-kira jam 8 pagi sebagai persediaan menyertai Pertandingan Perahu Naga Komanwel dari 23 hingga 27 Julai depan di Teluk Bahang, dekat sini.
Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, 12 mangsa berjaya diselamatkan, manakala dua ditemui lemas, manakala empat yang lain masih hilang.


Latihan rutin itu membabitkan 15 pelajar lelaki tingkatan empat dan lima sekolah berkenaan selain disertai seorang guru dan dua jurulatih.


Sehingga operasi menyelamat dihentikan jam 6.30 petang semalam berikutan cuaca gelap, hanya dua mangsa ditemui sebelum operasi disambung semula kira-kira jam 7 pagi ini.

Mayat pertama yang juga guru SMK Chung Ling, Chin Aik Siang, 28, ditemui kira-kira jam 10.50 pagi di bawah perahu yang terbalik, manakala mayat kedua, Jason Ch’ng Wai Seong, 17, ditemui jam 2.45 petang kira-kira 15 meter dari tempat mangsa pertama ditemui. Empat mangsa yang masih hilang ialah Brandon Yeah, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yi Zhiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17.


Difahamkan, ketika kejadian hanya sebahagian daripada mereka memakai jaket keselamatan. Dua belas orang termasuk dua jurulatih menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, selain diselamatkan nelayan yang berada di lokasi yang terletak kira-kira 100 meter dari pantai berkenaan. Quah berkata, kejadian berlaku ketika mereka membuat pusingan U untuk berpatah balik apabila secara tiba-tiba perahu dinaiki dipukul ombak sebanyak dua kali.


“Disebabkan dipukul ombak tinggi kali kedua, perahu naga kami terbalik dan melanggar sebuah tongkang.


“Keadaan ketika itu kelam-kabut sebelum saya dan rakan diselamatkan nelayan, manakala yang lain berenang ke pantai,” katanya yang mendayung di bahagian belakang. Quah berkata, ketika itu dia hanya mampu berdoa supaya mereka diselamatkan segera, namun tidak menyangka ada rakannya termasuk guru gagal diselamatkan.Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian mendapati orang ramai terutama anggota keluarga mangsa memenuhi kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, mereka enggan ditemubual berikutan masih sedih dan terkejut. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata pasukan 18 peserta termasuk jurulatih Persatuan Penang Forwards Sport itu memulakan latihan jam 8 pagi dan nahas itu dipercayai berlaku kira-kira jam 8.45 pagi.Katanya, 60 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat termasuk polis, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Bomba dan Penyelamat termasuk Unit Skuba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan Persatuan Bulan Sabit Merah terbabit operasi mencari dan menyelamat.


“Pasukan mencari masih melakukan kerja menyelamat dan difahamkan ada antara mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan, namun ini bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa kerana lebih penting kerjasama dan operasi perlu diteruskan sehingga semua mangsa ditemui sama ada dalam keadaan selamat atau sebaliknya.“Polis sudah memaklumkan kepada semua keluarga mangsa yang hilang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

No comments:

Post a Comment