Sunday, January 17, 2010

Cameron Highland




Sebuah tempat peranginan yang nyaman untuk penggemar eco-pelancongan. Sebuah tempat yang segar menghijau dengan suhu sekitar 17` hingga 21` Darjah Celcius. Dikenal pasti sebagai tempat yang mempunyai tanah yang sangat subur kerana disinalah terletaknya ladang teh terbesar di Malaysia yang mengeluarkan Teh BOH (Best Of Highland), Sayur-Sayuran segar, buah-buahan tempatan yang sedap dan Bunga-Bungaan yang harum mekar mewangi.

Sungguh tenang apabila anda dapat melihat pemandangan yang menghijaun dan tatakala itu semua penat dan keserabutan kepala pasti berlalu pergi hilang ditelah kesegaran udara... Satu jer kerisauan apabila petani yang semakin galak meneroka bukit-bukit di sini apsti akan mengundang bencana jikalau tidak dikawal dan diselia rapi oleh pihak berkuasa. Begitu juga dengan pembangunan yang seharusnya dipesatkan dengan kadar yang sangat minimal agar bentuk geografinya tidak berubah...

Harapan hati agar Cameron kekal menghijau sebegini dan udaranya kekal sedingin begini agar warisan alam ini berterusan untuk anak cucu kita menikmatinya di kemudian hari...

No comments:

Post a Comment