Sunday, January 17, 2010

Keindahan Pantai





Terkenal sebagai tempat percutian paling popular dalam dan luar negara, Teluk Nipah di Pulau Pangkor menjanjikan percutian yang menarik untuk dilawati seisi keluarga bukan sahaja kerana ia memiliki panorama yang indah, tetapi disebabkan keistimewaan lain yang dimilikinya. Selain memiliki pantai yang bersih untuk bermandi-manda, pelbagai aktiviti rekreasi serta sukan air yang menarik untuk diterokai di dua buah pulau iaitu Pulau Mentangor dan Pulau Giam yang terletak berhadapan degan Teluk Nipah, iaitu 5 minit perjalanan dengan kayak atau bot.


Pukulan Ombak yang membawa maut...


petikan dari akhbar online...


GEORGETOWN: “Kali pertama ombak memukul perahu, kami mampu mengimbanginya. Namun, pukulan ombak kali kedua menyebabkan perahu kami terus terbalik.KENANGAN...ahli pasukan perahu naga SMK Chung Ling bergambar sebelum berlatih, semalam sebelum - selepasCHEAH...masih hilang YEAH...masing hilang CH'NG...lemas CHIN...lemas PENGSAN...seorang ahli keluarga mangsa yang tidak dapat menahan kesedihan diusung orang ramai, samalam.

Menurut pelajar tingkatan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Ling, Kampung Baru Air Itam itu, ketika kejadian, dia bersama 17 rakan termasuk dua jurulatih serta seorang guru menjalani latihan mingguan kira-kira jam 8 pagi sebagai persediaan menyertai Pertandingan Perahu Naga Komanwel dari 23 hingga 27 Julai depan di Teluk Bahang, dekat sini.
Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, 12 mangsa berjaya diselamatkan, manakala dua ditemui lemas, manakala empat yang lain masih hilang.


Latihan rutin itu membabitkan 15 pelajar lelaki tingkatan empat dan lima sekolah berkenaan selain disertai seorang guru dan dua jurulatih.


Sehingga operasi menyelamat dihentikan jam 6.30 petang semalam berikutan cuaca gelap, hanya dua mangsa ditemui sebelum operasi disambung semula kira-kira jam 7 pagi ini.

Mayat pertama yang juga guru SMK Chung Ling, Chin Aik Siang, 28, ditemui kira-kira jam 10.50 pagi di bawah perahu yang terbalik, manakala mayat kedua, Jason Ch’ng Wai Seong, 17, ditemui jam 2.45 petang kira-kira 15 meter dari tempat mangsa pertama ditemui. Empat mangsa yang masih hilang ialah Brandon Yeah, 17, Yong Xiang, 16, Koh Yi Zhiang, 17, dan Cheah Zi Jun, 17.


Difahamkan, ketika kejadian hanya sebahagian daripada mereka memakai jaket keselamatan. Dua belas orang termasuk dua jurulatih menyelamatkan diri dengan berenang ke tepi pantai, selain diselamatkan nelayan yang berada di lokasi yang terletak kira-kira 100 meter dari pantai berkenaan. Quah berkata, kejadian berlaku ketika mereka membuat pusingan U untuk berpatah balik apabila secara tiba-tiba perahu dinaiki dipukul ombak sebanyak dua kali.


“Disebabkan dipukul ombak tinggi kali kedua, perahu naga kami terbalik dan melanggar sebuah tongkang.


“Keadaan ketika itu kelam-kabut sebelum saya dan rakan diselamatkan nelayan, manakala yang lain berenang ke pantai,” katanya yang mendayung di bahagian belakang. Quah berkata, ketika itu dia hanya mampu berdoa supaya mereka diselamatkan segera, namun tidak menyangka ada rakannya termasuk guru gagal diselamatkan.Sementara itu, tinjauan di tempat kejadian mendapati orang ramai terutama anggota keluarga mangsa memenuhi kawasan berkenaan.

Bagaimanapun, mereka enggan ditemubual berikutan masih sedih dan terkejut. Sementara itu, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob, berkata pasukan 18 peserta termasuk jurulatih Persatuan Penang Forwards Sport itu memulakan latihan jam 8 pagi dan nahas itu dipercayai berlaku kira-kira jam 8.45 pagi.Katanya, 60 anggota daripada pelbagai agensi penyelamat termasuk polis, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM), Bomba dan Penyelamat termasuk Unit Skuba, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Rela dan Persatuan Bulan Sabit Merah terbabit operasi mencari dan menyelamat.


“Pasukan mencari masih melakukan kerja menyelamat dan difahamkan ada antara mangsa tidak memakai jaket keselamatan ketika menjalani latihan, namun ini bukan masa untuk menuding jari kepada sesiapa kerana lebih penting kerjasama dan operasi perlu diteruskan sehingga semua mangsa ditemui sama ada dalam keadaan selamat atau sebaliknya.“Polis sudah memaklumkan kepada semua keluarga mangsa yang hilang,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

JEREBU

Jerebu adalah merupakan zarah-zarah kecil yang boleh wujud secara semulajadi ataupun wujud akibat daripada kegiatan seharian manusia. Asap kilang, asap kenderaan dan juga asap pembakaran adalah faktor penyumbang kewujudan jerebu. Apabila zarah-zarah kecil berkumpul dengan jumlah yang banyak, bertaburan dan terapung di udara maka ia akan menyerap dan menghalang cahaya matahari untuk sampai ke permukaan bumi. Keadaan ini kemudiannya akan menyekat pemandangan dan menurunkan kadar penglihatan.

Jerebu adalah satu fenomena yang begitu merunsingkan pada satu ketika dahulu. Ia bukan sahaja membawa kesan buruk kepada individu tetapi juga kepada negara. Jerebu selalunya berlaku di kawasan bandar. Kilang dan jumlah kenderaan yang banyak menjadi penyumbang utama kepada fenomena ini. Selain daripada itu keadaan cuaca memburukan lagi keadaan, dimana pada tahun 1997, negara telah dilanda fenomena El-Nino yang membawa cuaca kering dan panas berpanjangan. Jumlah hujan menurun dan negara mengalami masalah bekalan air dan penurunan tekanan air.

Haizan -> SPS133 - OUTDOOR RECREATION

Cameron Highland




Sebuah tempat peranginan yang nyaman untuk penggemar eco-pelancongan. Sebuah tempat yang segar menghijau dengan suhu sekitar 17` hingga 21` Darjah Celcius. Dikenal pasti sebagai tempat yang mempunyai tanah yang sangat subur kerana disinalah terletaknya ladang teh terbesar di Malaysia yang mengeluarkan Teh BOH (Best Of Highland), Sayur-Sayuran segar, buah-buahan tempatan yang sedap dan Bunga-Bungaan yang harum mekar mewangi.

Sungguh tenang apabila anda dapat melihat pemandangan yang menghijaun dan tatakala itu semua penat dan keserabutan kepala pasti berlalu pergi hilang ditelah kesegaran udara... Satu jer kerisauan apabila petani yang semakin galak meneroka bukit-bukit di sini apsti akan mengundang bencana jikalau tidak dikawal dan diselia rapi oleh pihak berkuasa. Begitu juga dengan pembangunan yang seharusnya dipesatkan dengan kadar yang sangat minimal agar bentuk geografinya tidak berubah...

Harapan hati agar Cameron kekal menghijau sebegini dan udaranya kekal sedingin begini agar warisan alam ini berterusan untuk anak cucu kita menikmatinya di kemudian hari...

Hutan Hujan Tropika







Malaysia merupakan bumi yang amat bertuah kerana keindahan flora dan fauna sangatlah bernilai. Hutan Hujan Tropika Malaysia adalah merupakan hutan hujan yang TERTUA di DUNIA... Aset negara yang paling berharga ini mestilah dijaga dengan teliti agar keindahan dan kemasyuran namanya tidak terusik oleh tangan durjana... Disinlah warisan kita untuk generasi yang akan datang dalam kita menongkah arus pembangunan perdana... jangan kita sia-siakan permata ini. Kehijauan yang mendamaikan... Taman Negara Pahang (Jerantut), Taman Negara Terengganu (Tasik Kenyir), Hutan Belum (Hutan Dara Tasik Temenggor, Perak) dan Taman Negara Endau-Rompin adalah contoh tempat yang telah diwartakan sebagai hutan simpan kekal. Jom camping...

Pulau Sipadan - The Most Amazing Island



Tersenarai sebagai 10 pulau tercantik di Dunia. Seharusnya Malaysia harus berbangga dengan kewujudan pulau ini yang sememangnya hebat... diwartakan sebagai tempat perlindungan agar kawasan ini terpelihara dari noda manusia. Harapan saya agar Sipadan terus "hidup" dalam meawarnai kalendar pelancongan dunia. Sipadan.. tunggu aku datang......




Tengah kumpul duit nak ke sana.... hee.hee

Contoh Aurora Borealis




Apa itu Aurora Borealis

Mengikut Wikipedia : Auroras, sometimes called the northern and southern (polar) lights or aurorae (singular: aurora), are natural light displays in the sky, usually observed at night, particularly in the polar regions. They typically occur in the ionosphere. They are also referred to as polar auroras.In northern latitudes, the effect is known as the aurora borealis.

Mengikut Yahoo Education : luminous display of various forms and colors seen in the night sky. The aurora borealis of the Northern Hemisphere is often called the northern lights, and the aurora australis of the Southern Hemisphere is known as the southern lights.

Dalam kata yang lebih mudah : JALUR CAHAYA INDAH DI LANGIT MALAM.